Tuesday, 13 October 2009

KELAS PADA 11HB NOVEMBER 2009

PJS RAMLY, AKAN BERSAMA KELAS MINGGUAN GOMBAK PADA 11HB NOVEMEBER.
Beliau adalah usahawan herbalis yang banyak ilmunya. Jika anda hendak tahu apakah khasiat-khasiat herba tertentu,datang beramai-ramai.

Perkongsian ilmu adalah penting untuk memastikan ilmu kita akan sentiasa bertambah dan perkembangan kini diketahui.

Jumpa anda di kelas nanti! PUKUL 9 : 15 MALAM , YA!!

Thursday, 1 October 2009

EID MUBARAK!

Salam Aidil Fitri! Maaf zahir dan batin daripada kami , AJK Komuniti HPA Gombak!
Kelas telah pun dimulakan pada 30hb September 2009.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang bercuti raya kerana kelas mingguan belum dipenuhkan. Kami percaya masih ramai lagi yang menganggap kelas mingguan hanya akan dimulakan selepas Syawal.

Semalam, kelas mingguan Gombak telah dihadiri oleh berbelas orang dan PJS Pak Lah memberi ceramah khas sebelum ditutup dengan jamuan raya.

Diharap pengedar-pengedar HPA akan segera memenuhi kelas pada minggu hadapan untuk tugasan kita yang tak akan putus sehingga kita putus nyawa.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Monday, 29 June 2009

ROMBAKKAN JADUAL KELAS MINGGUAN

9:00 malam Solat Isyak berjemaah
(mungkin sejadah tidak mencukupi)

9:30 malam Profil Syarikat
(bagaimana menyampaikan kepada orang lain)

10:00 malam Pengetahuan Produk

10:30 malam Pelan Pemasaran

11:00 malam Motivasi
Mai secawan!

Senarai Jawatankuasa Baru Komuniti Gombak

Perlantikkan jawatankuasa baru komuniti Gombak di bawah KPA telah dijalankan pada 24hb Jun 2009. PJS/PJM Rosmandi hadir, mewakili KPA untuk menjalankan aktiviti perlantikkan tersebut.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa yang telah dilantik:

Penasihat : PJS/PJM Hj Khalid Iskri & PJS/PJM Hjh Juwita

Pengerusi : Herbalis Kaiyisah Yeoh Abdullah
Timbalan Pengerusi : PJ Zumara
Setiausaha : Herbalis Haliazni Khalid
Bendahari : PJ Aisha Amal

Unit IT :
Kamarun Saipuddin Bin Mohamed
Izuan Izani Abd Hamid

Unit Latihan
PJ Hafizi
PJE Shafarul
Mohd Asri Bin Musa

Unit JAWI :
Herbalis Haliazni

Unit Kebajikan/ Unit Pengaduan & Keahlian : Jawatan kosong

Unit Keceriaan dan Makanan :
Pn Sara Binti Ab Talib
PJS Zailehan Ab Manaf

http://kkhpagombak.blogspot.com

Thursday, 7 May 2009

PEKELILING PBC 2009

DEMI MEMANTAPKAN PBC
PEKELILING PBC 2009.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.Pihak syarikat telah menetapkan satu pekeliling baru bagi program PBC 2009.

1. Peserta yang berumur 17 tahun kebawah tidak dibenarkan mengikuti ProgramPBC ( Timbul masalah komunikasi dikalangan peserta ).
2. Proksi yang dibenarkan hanyalah ibu atau bapa sahaja.Orang lain tidakdibenarkan sama sekali.
3. Kanak – kanak yang dibenarkan untuk ditaja oleh ibu atau bapa adalah atas faktorpewarisan.
4. Setiap program PBC yang diadakan,WAJIB ada sekurang – kurangnya tiga ( 3 )orang PJS bagi kapasiti peserta 30 orang keatas dan tinggal bersama sepangjangprogram berlangsung ( 2 hari 1 malam ).
5. Pihak syarikat memandang serius dan TIDAK AKAN MENGIKTIRAF mana –mana program PBC yang tidak mematuhi arahan tersebut ( PROGRAMTERSEBUT DIANGGAP TIDAK SAH DAN SECARA AUTOMATIKTERBATAL KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT PLX BAGI PESERTAYANG MENGIKUTI PROGRAM TERSEBUT ).

Keperihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan ( PJS ) bagi memastikan ia berjalan denganlancar demi kebaikan bersama,kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.
Posted by GM at
Thursday, May 07, 2009

Thursday, 11 September 2008

Selamat Datang Ke Blog Kelab Komuniti HPA Gombak

Pada 12 Sep 2008. Dengan Rasmi dilancarkan Blog Kelab Komuniti HPA Gombak.

Sebarang Aduan sila email: kaiyisah@gmail.com
Setiausaha Kelab